Sunday 11 December 2011

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Kelas Pemulihan Khas)

Kelas /Masa:
Linus Tegar 1C /0800-0830

Matapelajaran:
Bahasa Melayu

Tajuk :
4. Suku kata KV

Kemahiran :
28. Mengenal dan membunyikan suku kata KV berdasarkan kad suku kata.

Objektif :
Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i.  menyebut suku kata pa,pi,pu dengan betul dan lancar
ii. membatang suku kata pa,pi,pu dengan ejaan yang betul dan tepat
iii.menulis suku kata pa,pi,pu dengan tulisan yang kemas

P.S.A :
Murid kenal huruf 'p'

Isi p/p :
KV (pa,pi,pu)

Aktiviti :
Set induksi:
- benda maujud dipaparkan iaitu payung, pisang,pukat
- idea murid dicungkil melalui teknik penyoalan iaitu:
a)Apa yang kamu lihat?
b)Huruf apa yang berwarna merah?
c)Cuba teka, apa yang akan kita belajar pada hari ini?

 Langkah 1:
- Murid menyebut huruf 'p' yang dipaparkan di papan layar.
- Murid mengeja suku kata berpandukan aplikasi powerpoint (rujuk lampiran)secara   latih tubi.
- Murid diberi kad huruf konsonan 'p' dan vokal'a','i','u'kemudian
  mengikatnya.Seterusnya membunyikan KV tersebut.

 Langkah 2:
 - Secara berpasangan, murid diminta membentuk KV menggunakan doh dalam tempoh 5 minit dengan
   bimbingan guru. 
 - Murid dikehendaki menyebut hasilan doh masing-masing.

 Langkah 3:
 - Murid diperlihatkan cara-cara menulis huruf 'p' yang betul di papan tulis.
 - Murid menulis pada buku tulis masing-masing dengan bimbingan guru.

Penutup:
 - Murid menjawab soalan kuiz iaitu membunyikan KV berpandukan kad suku kata

KBT :
kemahiran berfikir, menjana idea, menghubungkait

ABM/BBM :
kad gambar, kad huruf, kad suku kata KV, LCD, perisian powerpoint, tali, doh,papan tulis, buku latihan bergaris 3.

Refleksi :

..................................................................................................................................................
                         

Saksikan video pengajaran pada 'posting' yang akan datang..to be continue....








                             

   

Friday 9 December 2011

Siapa kanak-kanak 'Pemulihan'?

AE Tansley dan R. Culliford
"Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa."

Sharifah Rahmah Ali

"Kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded)."

M.F Clough
"Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak."

Justeru, kanak-kanak ini ibarat 'mutiara' yang jauh di dasar lautan.Hanya yang memahami nilainya sahaja yang akan berusaha untuk mengambilnya, menggilapnya dan menjadikan ia perhiasan.Kanak-kanak ini memerlukan ruang, peluang, bantuan dan kasih sayang dari seorang 'guru' .Bantulah mereka, kerana anda pasti akan merasai satu kepuasan mengajar yang tidak terungkap apabila mereka sudah berjaya membaca, menulis dan mengira.InsyaAllah.

Inilah anak-anak mutiaraku,"Cikgu sayang kamu"


'Anak bumi Sarawak'

'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagi negeri sendiri'.Sudah bertahun-tahun merantau menabur ilmu di tempat orang, namun tanahair sendiri sangat kudirindui.Walau pun begitu, wahai anak-anak di 'bawah bayu', padaku 'dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'. Usah gundah gulana, selagi nadi ini berdenyut, selagi itulah ilmu ini kukongsi bersama kalian...Ayuh kita sederap meniti arus perdana. kerana kita 1 Malaysia.

Wellcome to Anak Bumi Sarawak Chatroll

Doa Harian - Zikir Pagi

 
Hello Kitty Winking Pointer